Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 29 September 2011

15 week usia kandungan.. scan tadi.. :)



Baru balik dari check up mengandung.. Alhamdulillah semua terkawal.. kencing manis pun takde.. tapi bulan 12 nanti ak kena minum air gula semula.. aduhh.. doctor India tue pesan mulai dari sekarang dah kena kawal pemakanan.. untuk elakkan kencing manis.. harap-harap takdelah sampai melahirkan kelak..

Tadi scan, nampak la perut, kaki tangan, kepala fetus.. wah, terujanya rasa.. ak harap perempuan.. tapi sekarang nie aktif flying kick dah.. tapi taklah ak mengharap sangat.. sihat dan sempurna sudah.. kalau ada rezeki anak perempuan.. Alhamdulillah..

Next check up 27/10/2011.. Khamis..

Rabu, 28 September 2011

Jamuan ry kat office sempena last Syawal~


30 Syawal 1432H hari nie office ak buat jamuan raya.. Alhamdulillah pagi tadi selamat sudah.. Semua seksyen lain datang meraikan bersama-sama. Ada yang memuji, ada yang mengeji.. Biasa la kan itu orang.. kalau manusia dia x cakap pape..

 Antara menu yang terhidang ialah mee bandung Muar (ak yang buat), laksam Kelantan (yang nie ak bedal 3 mangkuk sebab sedap..), rendang, nasi impit, lodeh, kuah kacang, (yang nie ak tak berapa nak makan, so ak tak makan pun..), laksa Penang.. (makan menyamah), kuih-kuih, pencuci mulut, buah limau mandarin (makan banyak juga.. ).. lemang (tak makan)..

Tapi satu perkara yang tak berapa nak besh, mee bandung ak tahap kecairan dia agak melampau.. dengan tanpa segan silunya ak beli lagi 1 peket perencah mak Pon dengan kak Maria subuh-subuh tadi.. totalnya 5 peket. Lepas nie sumpah ak tak nak buat lagi.. bayangkan la periuk bapak gajah beso, tungku kecik.. puas ak menunggu dia mendidih.. huh!!

Sekarang ak sakit pinggang sebab banyak kali cuci bekas-bekas yang kotor-kotor.. hangen ak.. rasa macam serik nak buat lagi.. hurmmm...

Ahad, 25 September 2011

Akhirnya, renovation home.. washing machine dah ado.. best2..


Mira rasa gembira, hati suka..

Apa yang dimahukan tertunai..

Nak bagi adik ambil lesen kereta dah tertunai.. lingkup RM600.00 hari nie dia start praktikal kereta.. lepas nie tunggu L baru boleh drive kat jalan raya.. dia kata ok la even gigil-gigil.. ak harap semuanya berjalan lancar..

Kedua.. ubahsuai rumah sudah siap walaupun tak berapa sempurna gara-gara mamat-mamat Indo yang tak berapa nak habis buat kerja. Tapi disebabkan ak tak sabar nak kemas rumah,  suami ak buat sendiri mana yang mampu.. baki duit upah ada lagi.. diaorang nie tak nak duit ke.. tapi bagus jugak tak datang lagi.. tunggulah gaji bulan 10 sebab memang dah kering sangat.. ;(

Ketiga.. mesin basuh baru.. 11kg lagi ko.. hambek.. cash delivery punya. tak kuasa mak nak hutang-hutang.. bertambah la kopak ak bulan nie.. dah ada nie hari Sabtu lepas bantai basuh stok kain 3 hari.. 3x pusing je.. cuba kalau manual dulu.. mau 7x pusing.. menangess.. lepas tue sidai depan rumah macam orang jual kain.. haha.. gasak le janji kepala ak tak serabut kain melunggun dalam bakul.. ak syukur sangat2..

Banyak la yang ak suka.. tak dapat nak senaraikan kat sini semua.. Alhamdulillah~ Mira Fea sayang sape-sape yang baca blog seri maharani nie.. :) 

Rabu, 21 September 2011

Sponsor lesen kereta utk Nyd, adik ak.. ceh!


RM580.00 khas ak bank in kan semalam 20/9/11 dalam akaun mybank adik Nyd busyuk ak tuh.. huh.. sebab dia tak lama lagi dah nak belajar jauh kat hujung peta dunia Malaysia nih.. Nak tak ak kena spendkan duit untuk dia  masa depan dia.. Hari Sabtu nie en tukang ajar nie kata dah boleh start dengar ceramah.. gasak le engko Nyd.. ak nak ko lulus jep.. jangan kandas sudah.. Kalau gagal, dia kena bayar double ngan ak. gurau jek.. heh3

Mia Fea.. mahu solat~

Selasa, 20 September 2011

Owh, my washing machine!!!


Kali nie ak memang nekad nak beli mesin basuh kain yang baru sebab yang lama sekarang nie spinnya rosak.. Aku rasa dah sebulan lebih ak dan suami kesayangan ak memerah kain.. naik sakit pinggang dan lenguh jari jemari memerah air sehingga ke titisan yang terakhir.. nasib la suami rajin menolong dalam keadaan ak mengandung 4 bulan nie.. kalau suami tak de, alamat lambat la siap..

Maka semalam selepas ak mencongak-congak baki duit yang ada, ak putuskan untuk beli je mesin auto yang baru.. tak perlu separuh auto lagi sebab isi rumah semakin ramai dan agak kesuntukan masa.. untuk baiki mesin basuh lama tue RM250.00. Tauke tu pun cakap 'baik u ambil baru, berbaloi'.. ak cakap dalam hati, 'ha'ah, pandai la'.. tapi nak buat macamanakan memang terbukti mesin basuh salah satu keperluan yang amat diperlukan setiap hari.. kalau rosak, takde susahlah..

Balik dari kerja, ak n suami pergi jenguk-jenguk mesin basuh kat kedai mesin basuh biasa, bukan Carrefour, Sen Heng mahupun Kaut Maut.. heh3.. sebabnya harga boleh kurang n ada tawaran harga.. itu yang nak cari tue kan.. nak mintak free gift pun boleh.. biasalah suami bab2 free gift nie serah je kat dia..

Asalnya nak beli jenama Panasonic sebab memang terbukti ketahanannya, tapi harga untuk 8kg RM999++.. itu belum 10kg lagi dah cecah RM1200++. Tapi uncle kedai nie dia punya servis penerangan memang tip top, dia galakkan ak ambil jenama Hitachi.. harga dia bagi 6.5kg RM650.00, 9.5kg RM950.00, 11kg RM 1150.00.. haha, berbaloi-baloikan 11kg harga gitu?. Yang paling menarik warranti Hitachi nie 5 tahun.. lama tue.. tue yang ak suka.. kalau rosak, call je suruh datang betulkan..

Insyaallah, kalau takde duit tersangkut mana-mana, hujung minggu nie ada le kat rumah.. heh3..

P/S: Dari hujung awal nak raya sampai la dah nak habis bulan raya aku berhabis beribu-ribu.. adeh2.. nie la yang dinamakan kehidupan..

MiaFea rasa bercampur baur sekarang sebab duit banyak terbang melayang.. hurmmm...  

Selasa, 13 September 2011

Pagi-pagi da de masalah~ dugaan2..


Pagi nie ak semangat nak g kerja.. lepas siap-siap hantar anak rumah mama, ak pun gerak la lepas baca surah ayat Kursi.. tetiba je si suami cakap.. "Syg, abg rasa motor pancit lah.. berat jek".. Ah, sudah.. ak lagi nak kejar masa.. sangat hampeh..

Aku beli dulu sarapan kat makcik mahal depan tue.. beli bihun goreng dengan nasi lemak telur dadar untuk suami.. total Rm 3.40. Mahal dok! selalu ak beli tempat lain Rm 3.00 je.. sah, makcik nie tak nak niaga lama. Muka pun ketat je.. Ak terpaksa beli kat makcik mahal nie sebab makcik yang sedap kat depan tue ramai sangat orang.. dari minggu lepas aku makan kuih je.. mana tahan kan.. haha

Balik rumah bedal dulu breakfast.. awal lagi dalam 0720.. dengan hubby pun boleh sambung tidur.. pukul 0800 suami dah g dah kedai motor, pukul 0840 motor dah siap.. kena Rm 30.00.. tukar pedal brek yang dah haus sekali.. kopak la oiii..

Aku tiba office dalam pukul 0905.. selamat..

Mira Fea in de house~ rasa lapar la pulak... 


En. mamat2 Indon start tukang rmh ak hari nie.. Rabu, 14 Sep 2011


Menurut kata En. Mamat Indon nie, diaorang akan mula buat kerja-kerja pertukangan pada hari nie.. pagi tadi ak macam nampak sorang mamat nie punggah tangga.. barang-barang macam simen, kayu beruti, zink semua dah sampai hari Isnin hari tue.. huhuhu.. ak tak sabar nak kemas rumah ak yang mungkin berwajah baru.. hehe..

Semoga semuanya berjalan lancar babe~ duit dah terbang melayang.. kalau lari mamat-mamat nie, ak jotos kepala mamat-mamat Indon nie lelaju..

Mira Fea in office~ happy n sad.. :) .... :(

Rabu, 7 September 2011

RM 20, 000.00.. keluar macam air, masuk mcm sipot~



Perlu ke aku keluarkan sejumlah wang hari nie? bukan sikit.. banyak tue!!!.. mau setahun pun belum confirm dapat kumpul dengan gaji aku yang ciput nie..

Tapi kalau nak renovate rumah punya pasal, aku terpaksa mengalah..
husband kata dia akan ganti nanti.. tapi tahun depan... lambat tak pe, janji berisi balik buku ASB aku tue.. hehhehheh..
nie yang aku nak dengar kan..

Bumbung rumah dah bocor-bocor, almari dah dimakan dek anai-anai.. memang buat aku hangen.. malam tadi 3 tudung aku dah selamat lubang-lubang dek anai-anai tue.. pintu dapur pun dah kopak dimakan anai-anai.. tunggu sikit hari lagi, aku sembur pendatang haram nie dengan racun anai-anai.
nasib la dapat rumah kuaters kerajaan buruk.. mang kena bela la rumah tue elok-elok..

Stok duduk sampai pencen gamaknya gara-gara tak mampu beli rumah sendiri.. Area Kuala Lumpur semua RM300,000.00++ ke atas sekarang.. huhhhh!!! :(

Macamana nie? Banyaknya duit kena perabihkan.. hari Sabtu nie kontraktor dah datang nak tukang buat renovation rumah sikit~
nak tak nak nampaknya aku kena keluarkan jugak ASB aku!!!
Waaaaa...

Rasa berbelah bagi~ Mia Fea in office.. :(  :)

Selasa, 6 September 2011

Jari Telunjukku Terluka~ (sama mcm hati aku..)


Sengaja aku letak gambar tin susu F&N nie..
Sebab tin nie la jari aku luka masa nak sarapan kat pantry pagi tadi..

Sejak aku disahkan mengandung nie, aku tak mahu la lapar, maka waktu pagi antara pukul 10 pagi tue adalah aku menjamah sedikit makanan..
Aku bawak oat n susu..

masing-masing aku simpan dalam bekas..

Oat tue aku bukak masuk dalam bekas kedap kuih raya tue yang tutup merah.. jadik le.. tapi yang tin susu tue aku dah bukak separuh je tin.. konon tak mau bukak habis.. tetiba je pagi tadi jejari runcing aku nie terlepas tin susu berkenaan termasuk ke dalam bekas..

maka jari aku pun terhiris..

ouchhhhh!!! berdarah kau!! ada dalam seinci.. haduiii

Pagi pulak memang la fresh darah banyak keluar.. terus aku bukak semua penutup tin tue.. campak terus dalam tong sampah.. puas hati aku.. huh.. sampai sekarang jari aku berdenyut-denyut bisa.. aduyai...

Dah la hati aku sakit, bertambah-tambah lagi derita aku hari nie..

Duka dalam tawa~ Mia Fea.. pergi la kau kesengsaraan~

Kowang wat lagi ek??


Hati ak bengkak.. mata ak pun bengkak..

Tolong la wahai kaum-kaum hawa kat office suami ak nie.. kowang tak perlulah nak heboh-heboh hal rumahtangga ak.. ak pandai la uruskan rumahtangga ak sendiri.. sekarang ak dah naik fed-up pada penghasut-penghasut yang menghasut dekat telinga suami ak nie.. sekarang mungkin suami ak sudah termakan sikit-sikit hasutan mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab nie..

Ak harap suami ak cepat belah ke tempat baru jangan tinggal sebilik seopis ngan fempuan-fempuan nie.. ak sangat sedih. Dengan diaorang suami ak bekerja bersama mereka selama 9 jam.. walhal dengan ak hanya 5-6 jam je.. pastue dah tidur.. mana taknya kena toucher je setiap hari.

Huh!! ak sungguh sakit hati..

Secara kesimpulannya.. ak bahagia salah, ak gadoo pun salah..

Apa punya manusia la kowang nie??? ak tak faham. Baik kowang jaga la elok-elok rumahtangga kowang n ak pelihara rumahtangga ak elok-elok.. kang mulut kowang cabul.. rumahtangga kowang yang porak peranda.. pleaselah kakak-kakak!!!!

Tolong lah berubah.. jangan ganggu suami ak tue!!. ak tak suka..

Ak insan terluka sekarag~ Mira Fea sedey!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H/2011..

Rasanya belum terlambat aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada yang membaca blog suam-suam kuku aku nie..

Samada suka atau tidak, sengaja membaca, sengaja mengikuti atau tak sengaja mengikuti tak kisahlah janji aku ikhlas mengucapkannya..

Hari nie 09 Syawal 1432H bersamaan 07 Sept 2011. Minggu pertama hari raya tak dapatlah nak berblog maklumlah buat-buat sibuk.. hehe.. 

Dikesempatan ini aku ingin memohon ampun maaf kepada suamiku yang tercinta, kedua ibu bapaku yang tersayang, kepada kedua ibu bapa mertuaku, seluruh kaum keluargaku juga kaum keluarga suamiku serta seluruh kaum mislimin dan muslimat.. Fuh, berjela-jela mintak ampun kat orang.. (macam byk dosa jek..) kuikuikui... ;P. Tak salah mintak ampun banyak-banyak kat orang..

Semoga aku jumpa lagi Ramadhan dan Hari Raya pada tahun hadapan.. Amin Ya Rabbalalamin~

Ikhlas~ Mira Fea in de House.. ;)

Selasa, 23 Ogos 2011

Ibu tersayang.. kenapa kamu sakit.. cepat sembuh..



Hari Ahad yang lepas, mak yang tersayang dimasukkan ke dalam wad kerana tahap kencing manisnya tinggi.. mak beberapa kali pengsan di rumah..

Sekarang tahap kesihatan mak.. alhamdulillah beransur pulih.. terbaru tahap yg diperolehi adalah 6.8 sahaja.. semua keadaan terkawal..

Aku bersyukur padamu Ya Allah kerana doaku Kau makbulkan agar emak cepat sembuh..

Aku mahu emak kembali ke rumah seperti biasa.. kerana tidak lama lagi akan tibanya hari raya aidilfitri.. macam-macam perancangan yang telah dibuat..

Jauh disudut hatiku aku berdoa agar emak kesayanganku selamat kembali ke rumah serta sihat walafiat hendaknya..

Amin..

Mira Fea.. ;(.. ;)

Khamis, 18 Ogos 2011

Knp perlu kepoh wahai perempuan??? Aku x kacau rumahtangga kowg pun!!!

Sekadar gambar hiasan


Luahan hati aku pada hari Jumaat yang mulia ini..

Kadang-kadang aku hangen dengan member-member office suami aku nie..
Banyak benda jahat dia ajar suami aku suruh buat itu, jangan buat ini..

Kamon la weii.. korang ada rumahtangga sendiri kan, so korang bentuk lah suami korang tue nak buat mcmana.. boleh pulak sakit hati yang suami ahkak nie rajin menolong isterinya buat kerjarumah.. salah ke? sebab aku nie pun berkerjaya.. semestinya letih, penat, tak larat.. itu suami aku sendirilah..

Setakat bangun malam buat susu anak, dikata nanti anak sayang suami je, tak sayang ibunya.. tak de pun setakat nie molek je anak aku sayang kat aku..

Tolong basuh baju, sidai kain dan lipat kain.. small metter je sebab kudrat lelaki lebih kuat, berdaya tahan dari perempuan.. tolong menolong dlm rumahtangga tak salah kan? yang korang panas hati hasut suami ak nie apahal?
huh! sumpah aku tak faham..

Boleh diaorg kata kenapa lah suami aku tak macam ko D??? dah salah ko lah.. mintak la tolong.. dengan cara baik.. bukan memaksa.. biar suami tolong kita dengan ikhlas.. dan dia akan tolong kita lagi dan lagi.. bukan bermasam muka, hentak-hentak kaki.. kamon la kakak-kakak.. aku naik bosan dengan permainan korang yang suka 'brain wash' suami aku tiap-tiap hari..

Pasal buat pinjaman loan pun satu hal.. diaorg kata kesian kat suami aku yang sesorang je buat pinjaman loan. Diaorg nak jugak aku wat bank loan n tolong hidup suami aku yang susah..

hello!!! buat apa aku nak buat kalau aku tak perlukan semua tue.. agak selama nie suami aku, aku tak bagi belanja makan ke setiap hari? bukan aku nak mengungkit la.. mang semua aku yang settlekan.. tp aku x kisah, sebab aku dan suami  give n take.. tak perlulah korang nak sibuk-sibuk hal aku..

Aku berdoa agar suami aku dapat tukar tempat duduk asing dengan kaum-kaum hawa nie.. dan semoga berakhir dengan segera..

Aku bersyukur kurniaan Mu di Bulan Berkat ini Ya Allah..

 
2nd daughter... Aku harap baby girl pink!! Amin.. ;)

Akhirnya.. kamu datang juga dalam keluarga ibu.. ibu nantikan kamu dengan penuh debaran, rasa senang hati, penuh dengan rasa kasih sayang yang tidak berbelah bahagi..

Ibu harap kamu senang di lahirkan, walau apa pun jantina kamu kelak, ibu harap kamu sihat, kamu senang di dalam pelukan ibu.. aku bersyukur padamu Ya Allah..

Setakat ini aku masih belum buat "buku merah" mungkin selepas raya.. sekarang bulan puasa, banyak yang perlu dibereskan terutamanya persiapan hari raya..

Khamis, 4 Ogos 2011

Juadah berbuka puasa~

Nampak sedap kan kuih muih nie..

Hari nie masuk lah hari ke 4 Ramadhan al mubarak..

Hari pertama aku sempat berbuka di rumah mak mertua.. Alhamdulillah sedap dan kenyang.. seingat aku masak sup ayam, ikan baung, sayur suhun dsb..

Hari kedua aku dah balik rumah sendiri maka berasap lah dapur aku.. aku masak ayam masak kicap, pucuk ubi celur cicah sambal bilis, dan telur tumis. Kuih yang wajib ada adalah karipap favourite dia hanya jumpa setahun sekali di bazar Ramadhan Cheras nie.. air hijau iaitu air limau asam boi.. mables sedap.. Arash dari jauh dah tunjuk nak air tue.. 

Hari ke 3, semalam aku masak sambal udang bersama petai, bihun sup ayam.. karipap n aku minum air teh saja.. sekarang aku minum dalam cawan kecil je sebab kalau minum dalam cawan besar n panjang, sure banyak tak dapat makan.. air pun tak mau yang ais-ais.. nanti perut buncit.. tak suke taw!! heh3..

Hari nie plan nak masak tomyam.. tp ikut my cik abg dulu dia nak makan apa.. tp kebiasaannya dia akan kata 'tak kisah'.. lepas tue ada je komennya.. biasalah kan org lelaki..

mirafea: semalam ikut suami pergi bazar Ramadhan tue.. hamboii mahalnya.. tak leh sentuh.. aku pe lg, boikot je mahal2 nie.. kuasa aku nak beli.. beli soya panas, kuih karipap n air hijau tue je.. entah pape.. salam..;)


Selasa, 2 Ogos 2011

Pantai Itu..


30 Julai 2011 aku jemput adik aku yang baru tamat dari PLKN.. kat kg Hijrah, Penor, Pahang..
yang sesat barat nak sampai kesana.. bergerak dari muar jam 0500 sampai jam 1130.. Lepas habis semua urusan, aku n family bergerak la ke Pantai Sepat yang seperti memanggil-manggil dari jauh.. kat sana siap buat majlis birthday kecil-kecilan untuk Nur Rabiatul Adawiyah..

Ok la dari tak buat.. lepas makan, g laut jap.. tengok-tengok kat tepi pantai tue sambil-sambil ambil gambar diaorg.. ada Nyda, Byah n Aini (anak driver.. hehe) waktu pergi Avanza hijau masih ok tapi bila balik pulak, dah sendat mendat dengan beg Nyda dan entah apa-apa lagi.. mak masak lontong lawan sambal udang, rendang daging.. itu pun dah cukup menyelerakan bg org yg lapar mcm aku nie..  hehe..

Jam 1400 lepas sudah solat zohor di sebuah masjid berhampiran Pantai Sepat tue, aku gerak balik ke Muar.. tiba di Muar jam 1530 petang.. sangat meletihkan..

Mirafea~ Walaupun rasa penat, tp aku syukur semuanya selamat tiba dan selamat pulang. Yang penting adikku yg tersyg sudah selamat dari aktiviti PLKNnya..

Khamis, 28 Julai 2011

Lautan Merah di jalanan~

Jalan Loke U Kuala Lumpur

Hari nie hujan lebat.. kena segera bersiap sebab jalan akan jem jahanam kalau hujan-hujan mcm nie..
Lepas bersiap semua, aku ambil anak nak dihantar ke pengasuh, anak terbangun..  dengar hujan lebat gaknya.. jalan nak ke sekolah belakang rumah aku pun jem sampai ke simpang depan rumah aku..

Mulanya dah gosok baju jubah nak pakai la hari Jumaat yang mulia nie.. tp dah hujan, maka aku terpaksa la pakai seluar slack n blouse, tudung sarung..(tak pernah tau pakai seluar n blouse g kerja semenjak selamat melahirkan baby dl.. hari nie 1st time aku langgar pantang) erkk.. suami tegur pulak.. 

b: "eh, boleh ke g office pakai mcm nie?
kan dlm pekeliling tak boleh pakai seluar..
baju kebangsaan je yg boleh pakai"..
office abang takde pun pakai seluar (saje aku nambah sebelum nie dia sibuk ceramah keinsafan pada aku supaya aku tak pakai seluar g kerja.. keja gomen la katakan.. huhuhu)

aku: "hehehe, nak pakai baju hujan la bang.. hari nie mang plan baju jubah coklat nih(tunjuk baju jubah yg siap tergantung siap tudung) tp susah pulak nak kangkang naik atas motor.." kata aku.. (ayat cover)
b: hurmmm... diam jek..

sebenarnya aku dah sudah siap pun pakai baju cuma nak pakai tudung jer..

Bertolak dari rumah nak ke jalan besar dah ambil masa 10 minit..
maka aihh.. teruknya jem pg nie.. nasib la aku naik motor.. tapi aku rasa kagum jugak la kan dengan tahap kesabaran orang-orang yang sanggup redah jem yang menggila nie.. aku rasa tekan myk 10km sejam kejap je tue.. 20km sejam pun kira nasib gerak la.. igt dulu aku pernah drive waktu jem gila nie.. adoii mahu sengal betis kiri aku.. maklumlah kereta manual.. haisshh.. 

Dan aku selalu perhatikan hari- hari bg sesiapa yang naik bas, bas dah nmpk dah dlm 50meter, tp nak sampai depan mata mcm sejam tersengguk-sengguk.. hahaha.. kalau aku mau je jalan kaki pergi kat bas tue.. ekekeke..

dari jauh, aku tgk memang jem tak gerak.. lampu menyala jadi lautan merah dah.. dengan hujan lagi.. suami drive dengan double berhati-hati sebab awal bulan hari tue kitaorg nmpk live 1 accident depan mata.. kesian kakak tue kepala dia kena gelek dengan tayo kereta saga blm sebab motor depan kakak tue break emergency.. kakak nie jatuh tertiarap la then kereta saga tue tak sempat nak break.. sure meninggalnye lah kan.. takut woo.. al fatihah utk kakak tue..

Sayangnya aku tiba tipis lewat gak hari nie.. 0803.. lebih 3 minit.. tak boleh tipu sain atas meja bos pulak tue..

Moral of the value kalau hari hujan;-

* bangun awal jgn lengah-lengah.. tak mo baring balik or tarik toto or selimut okeh!!
* pakai pakaian yang bersesuaian sebab nak pakai baju hujan (kalau naik motor)
* keluar awal-awal pg.. sesiapa dok area Cheras Balakong mcm aku nie, wajib kuar 0600 pg kalau nek kereta lah.. nek moto seawal 0700 dah kuar rumah kalo hujan.. tak hujan kul 0715 baru aku gerak..
* drive kereta dan tunggang motor double berhati-hati sebab jalan licin dan berbahaya ok..
* mesti punyai nilai kesabaran yang tinggi utk meredah jem gila
* paling penting tak mo hon-hon mcm pasar ikan okeh.. ingat nie India ke suke hon-hon..
* kena jalan pantas sebab bos akan jeling jam tgn dia or jam dinding kalau kita lambat tiba office ..
td bos angguk je bila aku wish ' selamat pagi tuan!!'
ambik la pen merah..
jujur itu penting babe!!


>>> ini sahaja untuk kali nie.. semoga aku rajin utk kembali menulis blog aku nih.. fuhhh..

<<< Mira Fea in da house.. salam.. ;)

Pengotor la kamu!!

(tak sesuai letak gambar..)

Selama ini aku perasan kat toilet bawah tue selalu hos dia termasuk dalam mangkuk tandas.. lahabau la sape yang wat.. aku mang geli geleman gler.. sanggup aku tunggu toilet lain walaupun sesak..

Tadi Allah tue Maha Berkuasa memang nak tunjuk agaknya.. aku tahu la sape yang buat.. ciss.. kakak tue rupanya.. hilang respect aku kat dia.. agak kat rumah kau macam tue jugak ke hah? haisshhh!!!

Menci kau kak!!

Rabu, 27 Julai 2011

Bruppp.. kekenyangan pg nie.. (-_*)



Alhamdulillah pagi nie.. rasa kenyang.. sebab nak menyambut Ramdhan yang bakal tiba dalam 3,4 hari nie..
Maka office aku wat la kenduri kesyukuran sket..
Makan-makan sampai kenyang..
Antara menu yang aku n the gang buat ialah:-

- Mee kari oleh pn. Ain dari Tanjung Malim, Perak..

- Nasi lemak ( menu wajib..) oleh Mek Klate Tie, sambalnya oleh Isteri Abe Mei dr Putrajaya..

- Roti sandwich oleh kak Hamidah dari office sebelah.. ( sedap roti sandwich nie.. nak try buat lah bila g Pahang Sabtu nie.. hihihi)

- Bihun beli dari kedai di uruskan oleh Mek Yus dari Pantai Dalam
( pg td kes tertinggal bihun dalam kereta suami dia.. terlupa.. huhu..)

- Kuih kole dari kak Ana (mables sedap gler)

- Buah pisang, tembikai, oren.. sedap n manis.. 

- Air teh o n nescafe.. dah jadi suam kuku dah sebab janji start pukul 0930. Tp mula kul 10.40.. big bos ada taklimat pagi la pulekk..

Aku pulak tak masak pape cuma malam td pukul 1100 aku turun belakang rumah ambil daun pandan n serai.. nak buat nasi lemak. Cuma kat opis nie tolong-menolong potong itu dan ini..

Pada hemat dan pemerhatian aku, jadi org lelaki nie memang mudah dan senang..
segala benda org perempuan yg buat..
dari kes g pasar tani, pasaraya beli bahan mentah n kering semua org perempuan yg buat..
pastu kat opis plak diorg tgk n dengar je..
kelengtang, kelengtung, kelentang kat pantri tue..
haram sket pun tak de niat nak menolong..
susun meja ke apa... nasib la ada detektif.. (mmg dah keja dia kan..)

Okey.. makan... makan2..
biasa la ada yang kata
sedaplah,
ada kata uihh..
sgt berminyak lahh..
aiii sikit je masak???...
wahh banyak nye cedokkk.. (oit suke sukilah..)
niee jeerrr?.. macam-macamlah..
tolong tak mahu kan? kan?
diam la kowg.. makan la byk2 licinkan pun tak pe senang basuh..

Lepas penuhkan tangki tayar lori 12 punya stok,
masing-masing balik opis kekenyangan..
okey anak-anak semua...,
mcm biasa.. 
perempuan kemas meja,
kemas peralatan dapur yg kotor,
letak dlm baldi,
clearkan makanan2 yang tak habis..
uiii byk keja la babe.. s
apu sampah..
turun toilet,
menyental,
membasuh segala benda..
hurmm..
okey la dah siap pun sekarang..
dah adat dunia kan..
semua bergantung harap pada perempuan.

Akhirnya, aku nak makan 2nd time utk lunch hour plak..
tp perut masih kenyang lagi sebenarnya..
betul2 nafsu makan lah~ (nie la g tak jadi kuwos!!)

Mira Fea~ 3 hari lagi mau puasa..
tiada puasa ganti or puasa sunat yg belum dilaksanakan..
semua sudah beres babe..
hihihi..
hope tahun nie mcm nie jugak..
sayanggg ibu... (kata Arash)..

Salam.. :)

Selasa, 26 Julai 2011

Basikal baby patah..


Semalam 26 Julai 2011 Selasa,  basikal baby ku patah.. semua gara-gara teman sepermainan anak ku yg merosakkannya.. Biarlah aku namakan dia G.. sebab dia gumuk.. huhu.. mana taknya basikal anak ku patah..

Semalam aku tak ambil anak dari rumah.. aku minta ayahnya yg ambilkan anak di rumah pengasuh sbb aku nak ke toilet.. lepas mandi semua, suami panggil.. dgn muka serius, marah n keciwa..  aku tertanya-tanya.. aku lihat anakku tidur.. cuak n gabra nih.. pekena dgn anak? jeng jeng jeng..

Sayang, jahanam basikal anak kita..
nape b? aku tny..
si G tue patahkan..
patah pe?
bomm dia patah.. (tmpt duduk la.. muo panggil bomm.. hehe.. suami aku pun pelik aku suka panggil bomm..)
laaaa.. caner boleh patah nie aku tny..
Pengasuh kata anak aku sendiri ambil basikal dia n bawak umah pengasuh.. G duduk entah mcmana n terpatah..
 jibauk punya budak..
entah mana gaya gaknya benda kuat sampai boleh patah.. huhhh..

Maka suami ku suruh aku cakap suruh emak G ganti tempat duduk yg patah..

Pg nie 27 Julai 2011aku hantar pepagi kat pengasuh, aku ckp ganti bomm je kak..
hah, ye la t pengasuh bgtau emak G..

Pukul 0850 pengasuh bg mesej.. katanya, emak G nak belikan anak ku basikal baru.. then, basikal anak ku yang patah itu akan diberikan pd G..

Amboi aku kata, tak boleh la kalo mcm tue sebab atuk z yang belikan basikal tue.. memori what sempena besday anak 2 tahun.. bulan 7 dah jahanam dapat bln 1 dulu..  Nanti G boleh main umah pengasuh dgn basikal anak ku itu.. aku tak setuju..

aku tanya pendapat suami, suami mesej aku tak nak terima basikal baru cuma gantikan saje bomm tue.. huhu..

Pengasuh bagi mesej dia kata emak G akan ambil basikal tue n peteri.. Gasak la nak buat caner janji boleh guna semula.. aku share sebenarnya dgn atuk z beli basikal tue.. hurmm.. harap perkara nie tak berulang lagi..

n aku rasa terpaksa beli 1 lagi kasut anak letak kat rumah sebab tak mahu tak de kasut umah pengasuh.. t anak aku gatal-gatal balik ambik kasut dia ngan budak G..

pastu G tinggalkan anak aku terkontang-kanting kat jalan..



Mira Fea..