Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 23 Disember 2010

Jumaat datang lagi...

Hari yang bahagia padaku adalah hari Jumaat.. entah kenapa mungkin kerana Jumaat adalah penghulu segala hari.. Jumaat adalah hari bekerja, waktu bekerja yang singkat.. Jumaat juga hari untukku pergi ke shopping mall, antaranya Mydin, Uo, Sogo, Jalan Tar, Midvalley & segala mcm shopping mall kat KL.. Mesti pergi walaupun hanya berwindow shopping.. (tapi kadang-kadang mesti tersangkut membeli barang sebarang dua.. hehe..)

Apa yang mahu dicoretkan di sini ialah tentang anak kesayanganku malam tadi..

Maghrib semalam, si isteri mahu memasak untuk menyediakan juadah makan malam, si suami pula ingin menolong si isteri membasuh pakaian sebanyak 3 bakul.. stok 4 hari.. maka perlulah si kecil itu ditidurkan.. jika tidak, habis 'ditolongnya'.. ok, setelah ibu buat susu untuk si kecil, susukan sekejap, ibu masukkan si kecil di dalam buaian... setelah 10 minit didodoikan, tetiba buaian senget sebelah... rupanya besi penyangkut buaian patah...dalam hati ibu, mak aih... boleh patah besi kuat nie.. nasib la besi bawah tue tersangkut di kain buaian, kalau x, mesti jatuh berbebab ke bawah, tp masih selamat sebab ibu memang letak bantal empuk di bawah.. ibu cuba angkat kain tue, memang si kecil semangat.. memang tak kuat nak angkat.. =p.. 'tak apa.. ibu tak marah adik..'

Si isteri panggil si suami, ayah datang... ayah hanya ketawa sinis.. 'haish.. arash nie, patah lalu..'

Ibu pun turunkan si kecil dari buaian... mulutnya asyik sebut
'patah...., patah ....'
'haaaa, tau pun patah.. adik dah semangat'.. muka si kecil masih blur... ibu suruh anak naik atas katil, ibu popok-popok.. ibu harap sangat si kecil tidur.. ibu baring sebelah si kecil, ibu usap rambut si kecil, ibu cium dahi si kecil, ibu ucap kata-kata sayang, manja pada si kecil.. sangat mendamaikan ketika itu... si ibu juga berpura-pura tidur.. tak lama selepas itu, ibu buka mata, lihat si kecil sudah terlelap.. sungguh menyentuh perasaan melihat anak yang dari kecil tak tahu apa, sekarang sudah panjang.. ibu sayang kamu adik...

Ibu senang hati meneruskan aktiviti memasak... ayah juga begitu.. tak lah asyik bingit telinga dengar ayah larang anak itu ini, itu ini...

Sampai ke Subuh si kecil tidur, tak bangun makan malam tadi.. tapi Subuh tadi, si kecil sudah bangun, ibu buat susu, lepas tue si kecil mahu makan.. ibu suka tengok si kecil makan..

Pagi tadi, ibu hantar si kecil ke rumah pengasuh, mukanya cebik-cebik, hujan mula turun.. tapi ibu janji petang nie ibu ambil adik cepat.. esok hujung minggu.. ibu jaga adik, kita pergi jalan... tapi si kecil tetap nangis.. ibu tinggalkan juga kamu dengan pengasuh.. ibu iringi doa semoga kamu selamat di bawah jagaannya..

The end....

Khamis, 16 Disember 2010

Tarikh itu...

Hari-hari yang dilalui terasa bahagia...

TARIKH KAMI COUPLE - 15 OGOS 2002
TARIKH KAMI BERTUNANG - 11 MAC 2005
TARIKH PERKAHWINAN KAMI- 30 MAC 2007
MAJLIS PERKAHWINAN DI RUMAH PEREMPUAN - 31 MAC 2007
MAJLIS PERKAHWINAN DI RUMAH LELAKI - 1 APRIL 2007
TARIKH TEMUDUGA SPA - DI MELAKA, BANGUNAN GRAHA MAJU, MELAKA..
TEMPAT INDUKSI - Kuala Lumpur Internatoinal Hotel, KUALA LUMPUR PADA 20-24 OGOS 2007.
LAHIRNYA ANAK TERCINTA - 29 JANUARI 2009..

update seketika..***

Selasa, 14 Disember 2010

Percutian.. Bila Tarikhnya?

Update sekejap... =p
Bila tarikh dan masa yang sesuai untuk mama pergi bercuti?


Kalau tak dapat pergi tempat yang jauh, cukuplah kalau bercuti
di Port Dickson jer..
Bermandi manda, opss tapi bukan di lautnya tp di perkarangan kolam hotelnya!!...
kan ada buaya tembaga sebesar sepemeluk org dewasa.. kuss semangat...
Mesti seronok bawa anak yang tersayang..
Dapat releasekan tension yang agak tenat sekarang..
serta perlukan ketenteraman jiwa & raga..
Berilah waktu & ruang serta peluang untuk merasai semua ini...
Mungkin tidak lama lagi.. Insyaallah~

Ahad, 12 Disember 2010

Rally... 1,2,3 ........ DAMN!!!!

Di waktu Subuh yang hening...
Selepas si isteri menunaikan solat Subuh bersendirian, sesudah memberi anak yang comel minum susu, setelah menukarkan lampin anak yang kebasahan... terus menidurkan si kecil kembali..
Merenung seketika wajah anak yang mulus.. Indahnya anugerahmu Ya Allah...
Semakin tinggi, semakin nakal dan minta di belai, minta dimanja...
Si isteri merebahkan badan sejurus semuanya selesai....
Fikiran melayang-layang memikirkan juadah untuk bersarapan nanti...
(si isteri berasa lebih molek jika menyuruh si suami membeli juadah siap sahaja di kedai.. hihihi)
Memikirkan juga si suami di sebelah ini akan berover time walaupun di hujung minggu...
(setiap hujung minggu u know!!... but at least, time kopak-kopak hujung bulan tue ada gak sumber pendapatan..
macam malam tadi aku di hulur oleh suamiku yang baik hati itu rm 40.00.. hehehe buat belanja dapur katanya... errrmmmmm.. jawabku ringkas..)
Sedang asyik si isteri mengelamun.. tetiba terdengar suamiku di sebelah bermimpi..
(Wah, kena dengar betul-betul nie mana tahu kalau ada tersebut nama perempuan lain kan???)
Haru nanti....
Tetiba terdengar si suami ketawa-ketawa dengan nada sederhana...
ok ok.. hatiku berkata-kata.. khusyuk memasang telinga...
RALLY!!!! 1, 2, 3 PROTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT!!!!!!
Adeh, adeh... kentut rupanya.. bengong betul!!!!
Buang masa je si isteri memasang telinga... sekali bau busuk longkang plus indah water di
baginya!
Si isteri terus mengambil bantal lantas terus menutup muka..
The end waktu subuh yang hening... =p
(Setelah itu, si isteri menceritakan kepada si suami.. si suami ketawa berdekah-dekah..
jawabku~ tersangat hampehhhh!!)

Khamis, 9 Disember 2010

Terkunci???


Kisah anak yang sihat...

Suatu petang di kala hujan rintik-rintik membasahi bumi... bertarikh 8 Dis 2010, bersamaan hari Rabu.. sepasang ibu bapa sedang sibuk berkomunikasi tentang sesuatu hal..

Ketika itu sepasang suami isteri itu baru pulang dari kerja.. kebasahan ketika di timpa hujan rintik-rintik sepanjang perjalanan pulang dari kerja dari Kuala Lumpur ke Cheras...

Setelah tiba dari rumah,si cantik jelita dan ayah yang ganteng terkocoh-kocoh membersihkan badan, dan si isteri, si cantik jelita segera mengambil anak di rumah pengasuh yang berhampiran... Maka, si ayah yang ganteng pula menghidupkan enjin kereta untuk pergi ke kedai.. (Rutin biasa membeli juadah utk makan malam..)

Si cantik jelita pergi ke dapur seketika membuat susu untuk si anak yang sihat...

Ketika itu, di luar rumah.. tiba-tiba.........

Ayah yang ganteng: Sayang! sayang! cepat mari sini!!...

Ibu si cantik jelita: Kenapa bang? Nape?
Kata si Ibu si cantik jelita dengan perasaan yang berdebar-debar serta kaget... Segera berlari-lari anak ke beranda hadapan... Mata melilau-lilau melihat si ayah yang ganteng..

Ayah yang ganteng: Nie ha.. anak yang sihat terkunci dalam kereta Inspira nie!!! Aduhhhh!!!

Si ibu cantik jelita: Hapeee???? Anak kita yang sihat terkunci? Macamana boleh terkunci nie ayah yang ganteng??
(Ketika ini.. ibu yang cantik jelita ingin menangis.. tapi ditahan.. Ayah yang ganteng pula cuba mengajar anak yang sihat menarik punat kunci kereta ke atas atau menekan butang on tingkap.. Tapi apakan daya, anak yang sihat baru berusia setahun 11 bulan.. Ketika itu.. ayah yang ganteng belum menghidupkan air cond.. Kedua-duanya kaget... tapi anak yang sihat itu hanya berdiri di tingkap hanya melihat apa yang berlaku tanpa pengertian...

Sebelum itu Ibu yang cantik jelita ketika itu lihat ayah yang ganteng sedang mencuci kaki untuk masuk ke dalam kereta di paip depan.. anak yang sihat memang sudah di tutup pintu kereta kerana untuk mengelakkan anak yang sihat jatuh... Disebabkan anak yang sihat sudah semakin bijak, sesuka hatinya menekan button off window.. alamak!!!

Setelah 3 minit berlalu dengan perasaan kaget.. Ayah yang ganteng mendapat idea..

Ayah yang ganteng: Sayang pergi ambil kunci pendua.. Cepat!

Ibu yang cantik jelita: Oh nasib ada.. kejap nanti sayang ambil...
(Dalam fikiran ibu yang cantik jelita berlegar-legar di mana kunci kereta spare itu disimpan..)

Setelah mencari, kinci pendua tersebut ada dalam kotak kecil anyaman buluh di dalam almari solek si ibu yang cantik jelita..

Diberi kepada ayah yang ganteng... Fuh lega.. kereta boleh di buka.. maka ibu yang cantik jelita segera mengambil anak yang sihat, memeluk dan menciumnya... lepas itu anak yang sihat kena tarbiah dengan ibu yang cantik jelita dan ayah yang ganteng...

Sekarang anak yang sihat dipastikan tidak kan lagi dimasukkan kedalam kereta tanpa kedua ibu bapanya dahulu... & sekarang ayah juga membuka pintu tingkap seluas-luasnya... hehehe

the end~

Rabu, 8 Disember 2010

Biology~ Last SPM Nyda...

Horryy...

Hari nie last exam SPM adik aku kat kampung.. mesti dia happy sangat petang nie.. semalam dia mesej dgn aku yang dia nak bako-bako sekolah.. maksud dia nak bako ngan moto dia lah tue.. suka ko la budak.. haha~

Sekarang aku dah tak berapa kisah kalau dia nak ada boyafriend ke nak bercintan cintun TAPI asalkan dia pandai jaga maruah diri..

Ok la... ok la aku akan topupkan hp dia walaupun dulu aku marah-marah dia sebab pada aku hp tue masih tak sesuai bagi budak sekolah mcm dia.. bukan pe takut bercinta pulak..kang buku kemana, exam kemana... cishh!! Yelah dah tak sekolah nie mana dapat wang saku kan.. kesian dia.. huhu.. baik tak aku?

Masa aku mesej ngan dia jap tadi, bukan main type berdekah-dekah lagi.. suka sangat.. aku cakap buku-buku sekolah dah boleh bungkus dah letak simpan guni.. haha~

Jauh di sudut hatiku..
Sebagai kakak aku ingin melihat kau bahagia,
kau ceria,
kau berkerjaya tinggi,
kau berkebolehan dalam apa jua bidang serta
kau beriman pada yang satu iaitu pada ALLAH YANG MAHA ESA..

The End...

Selasa, 7 Disember 2010

Weeding Kamu~


sekadar gambar hiasan
Firstly~ Selamat Pengantin Baru kepada Din & Dina
Pada 05 Dis 2010 (Ahad) 30 Zulhijjah 1432H..
Tapi maaflah saya tak hadir majlis kamu yang grand itu..
Saya tahu, kamu banyak dapat hadiah..
Majlis perkahwinan yang cukup meriah, ramai yang datang..
Itu semua kawan saya bercerita
Tahniah awak~ saya suka..
Dan isteri kamu yang berkerjaya nurse itu sangat comel & cantik.. MADINA namanya..what a
sweet name.. ya saya tahu itu pilihan mak ayah kamu.. alhamdullillah akhirnya awak berjaya
mengecapi kebahagiaan alam rumahtangga..
Tapi sayang sekali.. saya tak dapat hadir sebab suami saya overtime hari itu.. Cuma saya hanya
mampu mendoakan kebahagiaan hak milik kamu berdua buat selamanya..
Dikurniakan cahaya mata yang soleh & solehah.. Aminnnnn...
Saya tahu awak bahagia.. tapi sampai sekarang saya belum berpeluang melihat gambar kahwin
awak... saya tercari-cari dalam fb pun belum ada.. photo's awak pun takde.. takpe.. esok lusa
mungkin...
Awak ~ kawan saya.. DIN & DINA..