Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 28 September 2010

Bersuka-ria ;D

Hujung minggu terluang aku berjaya mengisi masa terluang dengan perkara yang berfaedah.. Kesempatan yang ada aku berkunjung ke Desa Water Park pada 26092010 hari Ahad..
Bersama-sama suami tersayang, kakitangan Farmasi di Putrajaya, KL..
Kami bergerak menaiki bas yang di sediakan yang di aturkan sendiri oleh suamiku sendiri yang dilantik sebagai AJK kenderaan..
Tiba jam 9 pagi, memulakan aktiviti dengan bersarapan, acara bagi kanak-kanak, serta dewasa.. Nampaknya aktiviti sebegini dapat merapatkan silaturrahim di antara ahli keluarga..
Acara pertama bagi Muhammad Arash ialah memasukkan gula-gula ke dalam plastiknya semula, budak2 yang lain dah besar, maka mereka mengaut bagai tak hengat.. Arash dapat saguhati je dalam acara nie.. no.6. Hadiahnya ialah coklat kit kat bersama sebuah beg yang besar.. Sebagai ibu, aku memberi semangat yang berkobar-kobar di samping aku sibuk mengambil gambar anak kesayanganku itu..


Belum selesai acara cabutan bertuah, ayahnya membawa anak kesayangannya ke kolam.. pada mulanya Arash seperti takut, tapi bila dah lama-lama tak nak naik la pula..
sampai kecut2 tangannya..
ketawa bersuka ria dia.. soo, sweet..
Insyaallah kalau ada rezeki lagi kami akan berkunjung lagi ke sana..







Ahad, 19 September 2010

Penyejuk hatiku..

Setelah 11 hari aku bercuti, maka hari ini aku naik kerja semula.. arghh, alangkah malasnya kerana masih dibelenggu oleh si mood raya.. tp bagiku itu bukan menjadi satu masalah kerana aku perlu bekerja utk mencari sesuap nasi..
Apa yang ingin dicoretkan entri kali ini, aku rasakan terlalu sayang ingin meninggalkan anak comelku itu.. mana tidaknya berkepit saja dengan ibunya ini siang & mlm.. di kampung, dia ceria bersama atuk-atuknya, neneknya, sepupu2nya, serta saudara mara yang lain.. banyak juga duit raya Arash kali ini.. separuh aku dah bank in asb.. utk pendidikan dia, utk playstation dia..
Keletah dia sungguh menggembirakan hatiku~ sekarang pd usia setahun lapan bulan, sudah pandai merajuk.. sungguh comel.. bila aku marahkan dia.. dia terus merenung tajam ke arahku.. di pejam rapat matanya.. masa dia pejam rapat matanya, aku pandang dengan penuh kasih sayang walaupun td aku buat2 marah padanya.. sungguh menyentuh perasaan!!!.. hehe
Kemudian, setibanya di KL.. alhamdulillah dia nyenyak tidur tiada masalah.. semakin hensem, tinggi.. 'sudah besar anak ibu' kataku di dlm hati.. jumaat, sabtu, ahad.. kerjanya nak makan saja.. hurmmm.. asyik mengulang ke dapur.. bukak peti ais.. katanya bukak. bukak, bukak.. akhirnya dia tertarik dengan sendirinya!!! wah, alangkah terujanya dia tatkala pintu peti ais kecilku itu terbuka.. pd fikiranku.. mungkin gara2 getah hitam peti ais itu tidak lagi 'mencengkam'.. heh3.. maka habislah cumi yang ada di dalam itu, segala jelly pic @ coconut yg ibu buat, segala 'ais pong' berwarna warni yang berharga seringgit itu... habis licin.. bila dah habis, ternganga2 dia depan peti ais.. dan x bersalahnya aku bebel kat dia.. hah', dah habis dah dik, nape nak bukak2 lagi.. kang banyak karan kena bayo~ base johor.. hehe.. dia pun senyum tanpa menampakkan giginya...
Malam td.. alkisahnya~ jam menunjukkan angka 12.30 am, sambil aku memopok2 peha pejal si comel, aku berdialog bersamanya.. kataku dengan lembut & penuh kasih sayang~
''Adik... esok hari isnin.. ibu, ayah kerja..
adik tinggal dengan cik ain.. mcm biasa kan kalau ibu ayah kerja..
adik jangan nakal2, jgn nangis2 kat rumah org, nanti org x suka kita..
(sambil tue air mataku berjurai deras... tp si comel ketawa melihatku.. mgkn dia masih tidak faham... betapa lah aku menyayangi si comel..)
ibu janji esok ibu akan ambil adik cepat.. ye dik''.. syahdunya mlm td.. aku terus memeluk si comel.. si comel pula semakin mendekatiku... x lama lepas itu, si comel terus terlena di pelukanku..
utk mu anak ibu..
setiap kali ibu solat, ibu x kan lupakan kamu utk mendoakan kesihatan kamu ' ya allah ya tuhanku, kau sihatkanlah tubuh badan Muhammad Arash.. kau cergas, kau cerdikkan lah dia.. kau jadikanlah dia anak yang soleh serta kau lindungilah dia di bawah naunganmu.. ya Allah kepadamu aku berserah.. amin ya rabbalalamin...