Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 23 Ogos 2011

Ibu tersayang.. kenapa kamu sakit.. cepat sembuh..



Hari Ahad yang lepas, mak yang tersayang dimasukkan ke dalam wad kerana tahap kencing manisnya tinggi.. mak beberapa kali pengsan di rumah..

Sekarang tahap kesihatan mak.. alhamdulillah beransur pulih.. terbaru tahap yg diperolehi adalah 6.8 sahaja.. semua keadaan terkawal..

Aku bersyukur padamu Ya Allah kerana doaku Kau makbulkan agar emak cepat sembuh..

Aku mahu emak kembali ke rumah seperti biasa.. kerana tidak lama lagi akan tibanya hari raya aidilfitri.. macam-macam perancangan yang telah dibuat..

Jauh disudut hatiku aku berdoa agar emak kesayanganku selamat kembali ke rumah serta sihat walafiat hendaknya..

Amin..

Mira Fea.. ;(.. ;)

Khamis, 18 Ogos 2011

Knp perlu kepoh wahai perempuan??? Aku x kacau rumahtangga kowg pun!!!

Sekadar gambar hiasan


Luahan hati aku pada hari Jumaat yang mulia ini..

Kadang-kadang aku hangen dengan member-member office suami aku nie..
Banyak benda jahat dia ajar suami aku suruh buat itu, jangan buat ini..

Kamon la weii.. korang ada rumahtangga sendiri kan, so korang bentuk lah suami korang tue nak buat mcmana.. boleh pulak sakit hati yang suami ahkak nie rajin menolong isterinya buat kerjarumah.. salah ke? sebab aku nie pun berkerjaya.. semestinya letih, penat, tak larat.. itu suami aku sendirilah..

Setakat bangun malam buat susu anak, dikata nanti anak sayang suami je, tak sayang ibunya.. tak de pun setakat nie molek je anak aku sayang kat aku..

Tolong basuh baju, sidai kain dan lipat kain.. small metter je sebab kudrat lelaki lebih kuat, berdaya tahan dari perempuan.. tolong menolong dlm rumahtangga tak salah kan? yang korang panas hati hasut suami ak nie apahal?
huh! sumpah aku tak faham..

Boleh diaorg kata kenapa lah suami aku tak macam ko D??? dah salah ko lah.. mintak la tolong.. dengan cara baik.. bukan memaksa.. biar suami tolong kita dengan ikhlas.. dan dia akan tolong kita lagi dan lagi.. bukan bermasam muka, hentak-hentak kaki.. kamon la kakak-kakak.. aku naik bosan dengan permainan korang yang suka 'brain wash' suami aku tiap-tiap hari..

Pasal buat pinjaman loan pun satu hal.. diaorg kata kesian kat suami aku yang sesorang je buat pinjaman loan. Diaorg nak jugak aku wat bank loan n tolong hidup suami aku yang susah..

hello!!! buat apa aku nak buat kalau aku tak perlukan semua tue.. agak selama nie suami aku, aku tak bagi belanja makan ke setiap hari? bukan aku nak mengungkit la.. mang semua aku yang settlekan.. tp aku x kisah, sebab aku dan suami  give n take.. tak perlulah korang nak sibuk-sibuk hal aku..

Aku berdoa agar suami aku dapat tukar tempat duduk asing dengan kaum-kaum hawa nie.. dan semoga berakhir dengan segera..

Aku bersyukur kurniaan Mu di Bulan Berkat ini Ya Allah..

 
2nd daughter... Aku harap baby girl pink!! Amin.. ;)

Akhirnya.. kamu datang juga dalam keluarga ibu.. ibu nantikan kamu dengan penuh debaran, rasa senang hati, penuh dengan rasa kasih sayang yang tidak berbelah bahagi..

Ibu harap kamu senang di lahirkan, walau apa pun jantina kamu kelak, ibu harap kamu sihat, kamu senang di dalam pelukan ibu.. aku bersyukur padamu Ya Allah..

Setakat ini aku masih belum buat "buku merah" mungkin selepas raya.. sekarang bulan puasa, banyak yang perlu dibereskan terutamanya persiapan hari raya..

Khamis, 4 Ogos 2011

Juadah berbuka puasa~

Nampak sedap kan kuih muih nie..

Hari nie masuk lah hari ke 4 Ramadhan al mubarak..

Hari pertama aku sempat berbuka di rumah mak mertua.. Alhamdulillah sedap dan kenyang.. seingat aku masak sup ayam, ikan baung, sayur suhun dsb..

Hari kedua aku dah balik rumah sendiri maka berasap lah dapur aku.. aku masak ayam masak kicap, pucuk ubi celur cicah sambal bilis, dan telur tumis. Kuih yang wajib ada adalah karipap favourite dia hanya jumpa setahun sekali di bazar Ramadhan Cheras nie.. air hijau iaitu air limau asam boi.. mables sedap.. Arash dari jauh dah tunjuk nak air tue.. 

Hari ke 3, semalam aku masak sambal udang bersama petai, bihun sup ayam.. karipap n aku minum air teh saja.. sekarang aku minum dalam cawan kecil je sebab kalau minum dalam cawan besar n panjang, sure banyak tak dapat makan.. air pun tak mau yang ais-ais.. nanti perut buncit.. tak suke taw!! heh3..

Hari nie plan nak masak tomyam.. tp ikut my cik abg dulu dia nak makan apa.. tp kebiasaannya dia akan kata 'tak kisah'.. lepas tue ada je komennya.. biasalah kan org lelaki..

mirafea: semalam ikut suami pergi bazar Ramadhan tue.. hamboii mahalnya.. tak leh sentuh.. aku pe lg, boikot je mahal2 nie.. kuasa aku nak beli.. beli soya panas, kuih karipap n air hijau tue je.. entah pape.. salam..;)


Selasa, 2 Ogos 2011

Pantai Itu..


30 Julai 2011 aku jemput adik aku yang baru tamat dari PLKN.. kat kg Hijrah, Penor, Pahang..
yang sesat barat nak sampai kesana.. bergerak dari muar jam 0500 sampai jam 1130.. Lepas habis semua urusan, aku n family bergerak la ke Pantai Sepat yang seperti memanggil-manggil dari jauh.. kat sana siap buat majlis birthday kecil-kecilan untuk Nur Rabiatul Adawiyah..

Ok la dari tak buat.. lepas makan, g laut jap.. tengok-tengok kat tepi pantai tue sambil-sambil ambil gambar diaorg.. ada Nyda, Byah n Aini (anak driver.. hehe) waktu pergi Avanza hijau masih ok tapi bila balik pulak, dah sendat mendat dengan beg Nyda dan entah apa-apa lagi.. mak masak lontong lawan sambal udang, rendang daging.. itu pun dah cukup menyelerakan bg org yg lapar mcm aku nie..  hehe..

Jam 1400 lepas sudah solat zohor di sebuah masjid berhampiran Pantai Sepat tue, aku gerak balik ke Muar.. tiba di Muar jam 1530 petang.. sangat meletihkan..

Mirafea~ Walaupun rasa penat, tp aku syukur semuanya selamat tiba dan selamat pulang. Yang penting adikku yg tersyg sudah selamat dari aktiviti PLKNnya..