Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 20 September 2011

Owh, my washing machine!!!


Kali nie ak memang nekad nak beli mesin basuh kain yang baru sebab yang lama sekarang nie spinnya rosak.. Aku rasa dah sebulan lebih ak dan suami kesayangan ak memerah kain.. naik sakit pinggang dan lenguh jari jemari memerah air sehingga ke titisan yang terakhir.. nasib la suami rajin menolong dalam keadaan ak mengandung 4 bulan nie.. kalau suami tak de, alamat lambat la siap..

Maka semalam selepas ak mencongak-congak baki duit yang ada, ak putuskan untuk beli je mesin auto yang baru.. tak perlu separuh auto lagi sebab isi rumah semakin ramai dan agak kesuntukan masa.. untuk baiki mesin basuh lama tue RM250.00. Tauke tu pun cakap 'baik u ambil baru, berbaloi'.. ak cakap dalam hati, 'ha'ah, pandai la'.. tapi nak buat macamanakan memang terbukti mesin basuh salah satu keperluan yang amat diperlukan setiap hari.. kalau rosak, takde susahlah..

Balik dari kerja, ak n suami pergi jenguk-jenguk mesin basuh kat kedai mesin basuh biasa, bukan Carrefour, Sen Heng mahupun Kaut Maut.. heh3.. sebabnya harga boleh kurang n ada tawaran harga.. itu yang nak cari tue kan.. nak mintak free gift pun boleh.. biasalah suami bab2 free gift nie serah je kat dia..

Asalnya nak beli jenama Panasonic sebab memang terbukti ketahanannya, tapi harga untuk 8kg RM999++.. itu belum 10kg lagi dah cecah RM1200++. Tapi uncle kedai nie dia punya servis penerangan memang tip top, dia galakkan ak ambil jenama Hitachi.. harga dia bagi 6.5kg RM650.00, 9.5kg RM950.00, 11kg RM 1150.00.. haha, berbaloi-baloikan 11kg harga gitu?. Yang paling menarik warranti Hitachi nie 5 tahun.. lama tue.. tue yang ak suka.. kalau rosak, call je suruh datang betulkan..

Insyaallah, kalau takde duit tersangkut mana-mana, hujung minggu nie ada le kat rumah.. heh3..

P/S: Dari hujung awal nak raya sampai la dah nak habis bulan raya aku berhabis beribu-ribu.. adeh2.. nie la yang dinamakan kehidupan..

MiaFea rasa bercampur baur sekarang sebab duit banyak terbang melayang.. hurmmm...  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan