Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 20 Oktober 2010

Mataku....


Mataku berkenyit-kenyit..



Kelopak kiri mataku yang berkenyit-kenyit..

amat merisaukan..

amat merimaskan..

entah mengapa..

Pantas aku sms adik tercintaku..

bertanyakan hal ini kepada ibu tersayangku..

kata ibu kesayanganku..

Nak tengok sesuatu.. bukan kah akan menangis jika di sebelah kiri dan kanan akan melihat sesuatu yang tidak diduga..

Entah betul atau tidak aku tidak pasti.. tetapi aku perlu berhati-hati..

Kerana apa yang berlaku semuanya adalah kehendak dan ketentuaanNya..

aku berharap tiada yang buruk akan berlaku..
Sekian.. hehehe...


Selasa, 19 Oktober 2010

Nyda Accident?



Apa? Nyda eksiden?

Aku call mak pada Isnin lepas gara-gara aku dah rindu sangat pada mak..
Ikuti perbualan Asmira bersama ibu kesayangannya:-
Asmira Kerinduan:- Assalamualaikum mak.. Mira nie.. mak, abah buat apa? lambat angkat telefon? (waktu tue kira-kira jam 11 pagi..)
Ibu Kesayangan menjawab:- Hah kau.. Ingat siapa tadi.. Mak tengah lipat kain.. Kejap lagi nak memasak..Abah kau entah kemana tadi, alih lembu kat belakang agaknya.. kau kerja ke?
Asmira Kerinduan:- A'ah kat tempat kerja nie mak.. ( Biasalah aku tanya mak, Abah buat apa.. tanya pasal orang kg.. kot2 ada perkembangan terbaru yang nak buat kenduri kahwin ke, ada kematian terbaru ke, anak si polan macamana, itu ini).. hehe.. Tetiba mak cakap..

Ibu Kesayangan:- Nyda jatuh motor Jumaat lepas.. hari nie tak sekolah.. Dapat mc 3 hari..
Asmira Kerinduan:- Haaa?? Nyda jatuh motor? Nape tak beritahu Mira mak? Nape tak bagi mesej? Macamana boleh jadi nie? (Agak bertalu-talu soalan cepu emas Mira kepada emaknya..)
Ibu Kesayangan: Ah... Nyda tak da pape.. dah ok dah dia.. Dia dari sekolah, ada gotong royong katanya.. waktu balik tue, motor Nyda tue boleh bergesel dengan lori ais batu.. terjatuh la dia hala ke kanan.. nasib la tak ada kereta.. ada kereta kancil tue dari jauh dah berhenti.. tolong Nyda bangun. Balut-balut apa yang patut kat Nyda tue.. kalau nasib tak baik.. memang dah buat kenduri arwah 3 hari dah..
Asmira Kerinduan:- Ya Allah mak.. Nasib la tak ada perkara buruk berlaku.. ( Waktu nie perasaan aku bercampur antara marah, geram dan sedih.. Dalam pada nie aku bebel-bebel dengan mak.. ) Dah lepas nie jangan bagi Nyda keluar rumah lagi kalau tak ada hal yang penting sangat.. Dah lah nak SPM bulan depan.. kang tak memasal tak ambil SPM.. Habis mak, apa yang luka, patah ke apa ke?
Ibu Kesayangan:- Baju warna purple, corak bunga-bunga yang kau bagi tu koyak dekat lengan.. lengan luka sikit.. Visor helmet retak, side mirror motor pecah.. itu je la yang kena..
Asmira Kerinduan:- Memang nak cari penyakit betul Nyda nie.. Sekarang tengah buat apa tue?
Ibu Kesayangan:- Tidur lagi dari tadi belum bangun lagi.. Nasib la tak ada apa-apa..
Asmira Kerinduan:- Huh, tidur tak ingat dunia.. Ingat mak, Mira pesan tadi.. Kredit tak banyak nie mak.. Oh ye, Mira gaji Isnin minggu depan.. Macam biasalah nanti Mira masukkan dalam akaun ehem ehem duit..
Ibu Kesayangan:- Hah, ye lah..
Asmira Kerinduan:- Kirim salam dekat semua.. balik kg tak tahu lagi.. tengok pada kewangannya.. Ok mak, Assalamualaikum..
Ibu Kerinduan:- Waalaikummussalam..
Pada malamnya aku SMS dengan Nyda.. Tanya perkembangan terbaru.. Nampaknya dia ok.. Aku doakan dia selamat dalam perjalananan ke sekolah esok dan dia berjaya dalam SPMnya.. AMIN..


Isnin, 18 Oktober 2010

Karenah Manusia..



Aku serabut..
Tatkala urusan rumah tangga yang berpanjangan serta tidak akan habis selagi hayat di kandung badan.. tidak mengapa kerana aku redha menjadi seorang isteri serta memegang status sebagai seorang ibu.. kerna aku sungguh bahagia..
Apabila aku memikirkan urusan duniawi..
- Pergi mencari rezeki dengan mengharungi jalan raya yang jem.. sungguh sesak, tambahan dengan fikiranku yang menerawang jauh memikirkan kehidupan masa hadapan yang selesa.. ataupun leka berbual-bual bersama cik abang kekasihku di atas motor.. hehe.. tengok rumah, nak beli rumah, tengok kereta, nak beli kereta, tengok motor besar, nak beli motor besar.. sungguh terharu.. huhu
- Melihat keletah manusia di jalan raya yang berbagai ragamnya.. ada yang tension menekan hon bertalu-talu, ada yang masih betul-betulkan tudung, bermekap.. ada yang bersarapan ketika memandu.. ada yang asyik membaca akhbar ketika di lampu isyarat.. serta yang paling syiokkkk en lelaki akan menghisap rokok berbatang-batang bila jalan jem teruk gilew.. muka memasing masam mencuka gara-gara peha sengal menekan clucth.. haha.. naik je la motor macam haku nie senang.. haha.. vrrrrrrrrrrrrrooooooooooooommmmmmmmmm....
ada sekali tue, waktu tue kereta banyak sangat, yelah, depan traffic light, tanpa segan dan silunya en kereta kancil kuning nie naik ke bahu jalan raya, en kereta kancil kuning nie nak cepat sampai ke destinasi agaknya, tapi kesian, kereta en nie tersangkut di situ.. aku hanya mampu tersengih dan terus berlalu.. hahaha ketawaku..itulah padahnya akibat tiada kesabaran diri.. malah angkara dia, jalan bertambah jem apabila en kereta kancil kuning 'menempel' di situ.. petang waktu aku balik kerja, tengok dah x de dah en kereta kancil kuning tue.. hehe
- di office,tiba- tiba kedengaran saya nie pegawai... awak nie kta jer.. hormat la sikit saya nie (lebeh kurang r...).. wahhh, ayat tue tak boleh blah la pegawai nie.. perlu dinyatakan di sini kasta, pangkat dan darjat tak boleh dibawa kemana-mana bro... sesama manusia kenalah hormat menghormati, kasih mengasihi.. barulah nak kerja pun senang hati.. kat akhirat esok kita dinilai sebanyak mungkin dengan segala amalan mulia yang kita buat di dunia yang hanya sementara ini.. dalam kes nie aku kena lah berhati-hati yer.. pleaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaasssssssssseeeeeee laaaaaaaaaaaa!!!!!!! aduyaiiiiii....
di sini banyak cerita yang boleh dikongsikan.. biasalah kalau dengan perempuan, bercerita mengenai anak-anak, masak memasak, suami kita, keluarga kita.. syiokkkkk.. hehe, aku pun tumpang sekaki.. haaa,hambik engko pukul 10.00 am baru terkedek-kedek buat kerja.. please berubah ok pn. mira.. nanti kena toucher dengan pegawai u.. kuikuikui.. malas lah aku nak story pasal opis aku nie.. biasalah aku malas nak hadapi dengan karenah manusia..

Khamis, 14 Oktober 2010

Nilai sebuah kehidupan..


Samada aku hidup senang atau hidup susah di Kuala Lumpur ini aku harus tabah, sabar dalam menghadapi dugaan ini..

Banyak yang perlu aku lakukan atau berkorban untuk jadikan hidup ini lebih bermakna di masa hadapan.. apa yang perlu aku lakukan sekarang adalah mulakan langkah-langkah yang murni seterusnya..

Konon-kononya:-

Nak beli rumah.. tinjauan yang aku peroleh hanyalah sebuah flat sahaja.. yaa, aku perlu bersederhana sekarang.. tapi mampukah aku?? apatah lagi sebuah rumah apartment? jauh lagi rumah teres.. hai.. harga rumah di Kuala Lumpur nie.. memang membuatkan aku sesak melihat sahaja pada harganya yang 6 mahupun 7 angka.. apakah maknanya semua ini...huh..

Perlukah aku sambung study sekarang.. antara suami, anak, keluarga serta buku, pen, laptop, assignment, entahlah dan.. tuntutan kerjaya.. arghh, aku agak serabut sekarang.. aku hanya panjatkan doa kepadaMu yang maha Esa..

Malah...

Lebih perit bila mak abah aku dapat ke tidak panggilan Haji tahun ini.. Tapi pada fikiran aku, adik kesayangan aku nak exam SPM tahun ini.. biarlah mak abah jaga nyda dulu.. nak exam besar tue.. tahun depan aku mohonkan lagi.. lagipun abah kata macam ada masalah kewangan.. kesian mak abah..

Lebih menyentak perasaanku kak Melati kata Ain akan berpindah di rumah Uda di Bukit Anggerik.. Ain suruh aku bawak Arash naik kereta mana mungkin jalan jem kan.. Aku kena tempuh 3 trafik light, lalu jalan besar.. Maaflah aku tak kan bawa anak aku naik motor nak hantar ke sana... Bila aku beritahu suamiku.. Suamiku suruh cari pengasuh lain.. hujung minggu nie aku akan usahakan mencari pengasuh baru.. Masalahnya sekarang aku susah hati bila mengingatkan Arash mesti tak biasa pada pengasuh yang baru pada minggu pertama..

Walau apa pun terjadi aku akan tetap berusaha untuk jadikan semuanya kenyataan serta terbaik... InsyaAllah.. Amin yarabbalalamin..

Ahad, 10 Oktober 2010

Potong kuku jari jemari...


RASULULLAH S.A.W BERSABDA:
Yang bererti:
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Sekian.. yang baik kita ikut, yang tak elok kita jauh-jauhkan..

Mee Bandung Muar..

Mee Bandung Asli Muar..nyum nyum...;p

Bahan-Bahan:
1 kg mee kuning 10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan) 1 labu bawang putih (diketuk) 5 biji bawang merah ½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air ( boleh juga guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar) ½ cawan udang hidup 1 cawan daging rebus (dipotong nipis) sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci) kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)

Cara:
Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah. Pijarkan minyak dalam kuali, tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing... masukkan sos tiram masukkan udang, daging rebus masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat

Cadangan Hidangan:
Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak sekali, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.) Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)... Panaskan dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan... Masukkan kedalam mangkuk leper, telur diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka. Hidangkan.

Tambahan:
Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Tak perlu tambahan apa-apa yang masam ye..


(kredit kpd resepi.net.. hehe)