Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 23 Disember 2010

Jumaat datang lagi...

Hari yang bahagia padaku adalah hari Jumaat.. entah kenapa mungkin kerana Jumaat adalah penghulu segala hari.. Jumaat adalah hari bekerja, waktu bekerja yang singkat.. Jumaat juga hari untukku pergi ke shopping mall, antaranya Mydin, Uo, Sogo, Jalan Tar, Midvalley & segala mcm shopping mall kat KL.. Mesti pergi walaupun hanya berwindow shopping.. (tapi kadang-kadang mesti tersangkut membeli barang sebarang dua.. hehe..)

Apa yang mahu dicoretkan di sini ialah tentang anak kesayanganku malam tadi..

Maghrib semalam, si isteri mahu memasak untuk menyediakan juadah makan malam, si suami pula ingin menolong si isteri membasuh pakaian sebanyak 3 bakul.. stok 4 hari.. maka perlulah si kecil itu ditidurkan.. jika tidak, habis 'ditolongnya'.. ok, setelah ibu buat susu untuk si kecil, susukan sekejap, ibu masukkan si kecil di dalam buaian... setelah 10 minit didodoikan, tetiba buaian senget sebelah... rupanya besi penyangkut buaian patah...dalam hati ibu, mak aih... boleh patah besi kuat nie.. nasib la besi bawah tue tersangkut di kain buaian, kalau x, mesti jatuh berbebab ke bawah, tp masih selamat sebab ibu memang letak bantal empuk di bawah.. ibu cuba angkat kain tue, memang si kecil semangat.. memang tak kuat nak angkat.. =p.. 'tak apa.. ibu tak marah adik..'

Si isteri panggil si suami, ayah datang... ayah hanya ketawa sinis.. 'haish.. arash nie, patah lalu..'

Ibu pun turunkan si kecil dari buaian... mulutnya asyik sebut
'patah...., patah ....'
'haaaa, tau pun patah.. adik dah semangat'.. muka si kecil masih blur... ibu suruh anak naik atas katil, ibu popok-popok.. ibu harap sangat si kecil tidur.. ibu baring sebelah si kecil, ibu usap rambut si kecil, ibu cium dahi si kecil, ibu ucap kata-kata sayang, manja pada si kecil.. sangat mendamaikan ketika itu... si ibu juga berpura-pura tidur.. tak lama selepas itu, ibu buka mata, lihat si kecil sudah terlelap.. sungguh menyentuh perasaan melihat anak yang dari kecil tak tahu apa, sekarang sudah panjang.. ibu sayang kamu adik...

Ibu senang hati meneruskan aktiviti memasak... ayah juga begitu.. tak lah asyik bingit telinga dengar ayah larang anak itu ini, itu ini...

Sampai ke Subuh si kecil tidur, tak bangun makan malam tadi.. tapi Subuh tadi, si kecil sudah bangun, ibu buat susu, lepas tue si kecil mahu makan.. ibu suka tengok si kecil makan..

Pagi tadi, ibu hantar si kecil ke rumah pengasuh, mukanya cebik-cebik, hujan mula turun.. tapi ibu janji petang nie ibu ambil adik cepat.. esok hujung minggu.. ibu jaga adik, kita pergi jalan... tapi si kecil tetap nangis.. ibu tinggalkan juga kamu dengan pengasuh.. ibu iringi doa semoga kamu selamat di bawah jagaannya..

The end....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan