Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 21 November 2010

Kembali bekerja..

Hari Isnin yang mulia..

Aku kembali bekerja setelah mengambil cuti selama 2 hari. Ini bermakna hari Rabu sampailah hari Ahad aku berada di kampung bersamaan cuti Hari Raya Haji. Seronoknya tak terkata bila berpeluang mencium tangan emak, tangan abah.. jumpa adik tersayang.. jumpa Rabiatul.. makin gemuk dia..

Hari ini bermulalah cuti sekolah.. seronoknya Byah bila dapat bercuti.. baju-baju yang sudah di basuh di simpan terus ke dalam plastik.. berbungkus.. Yang Nyda pula esok bakal menduduki exam besar SPM.. Terus terang aku cakap aku yang gabra sebab aku nak dia berjaya dalam hidup..

Hari nie aku berpuasa.. mungkin sampai la habis Nyda exam aku akan berpuasa.. insyaallah.. dengan izin Nya.. aku doakan dia berjaya dan dapat menjawab soalan SPM dengan baik dan lancar..

Bila aku berpuasa biasanya aku akan jadi moody sket sebab tingkah laku semua kena jaga kan.. maklum la nak dapat fadhilatnya.. x nak la puasa dapat dosa pula atau tak dapat apa-apa.. yang penting aku nak yang terbaik untuk adik aku..

Ya Allah.. Ya Rabbi Kau permudahkanlah segalanya bagi adikku NURASNIDAFAEZAH binti SALEH untuk menjawab semua kertas soalan SPM pada esok hari dan hari-hari yang seterusnya..

Kau lapangkanlah dadanya, Kau mudahkanlah segala ingatannya, Kau sihatkanlah dia, Kau tenteramkanlah jiwanya.. Kau makbulkan lah doa hambamu yang hina ini.. Amin Ya Rabbal alamin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan