Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 14 Oktober 2010

Nilai sebuah kehidupan..


Samada aku hidup senang atau hidup susah di Kuala Lumpur ini aku harus tabah, sabar dalam menghadapi dugaan ini..

Banyak yang perlu aku lakukan atau berkorban untuk jadikan hidup ini lebih bermakna di masa hadapan.. apa yang perlu aku lakukan sekarang adalah mulakan langkah-langkah yang murni seterusnya..

Konon-kononya:-

Nak beli rumah.. tinjauan yang aku peroleh hanyalah sebuah flat sahaja.. yaa, aku perlu bersederhana sekarang.. tapi mampukah aku?? apatah lagi sebuah rumah apartment? jauh lagi rumah teres.. hai.. harga rumah di Kuala Lumpur nie.. memang membuatkan aku sesak melihat sahaja pada harganya yang 6 mahupun 7 angka.. apakah maknanya semua ini...huh..

Perlukah aku sambung study sekarang.. antara suami, anak, keluarga serta buku, pen, laptop, assignment, entahlah dan.. tuntutan kerjaya.. arghh, aku agak serabut sekarang.. aku hanya panjatkan doa kepadaMu yang maha Esa..

Malah...

Lebih perit bila mak abah aku dapat ke tidak panggilan Haji tahun ini.. Tapi pada fikiran aku, adik kesayangan aku nak exam SPM tahun ini.. biarlah mak abah jaga nyda dulu.. nak exam besar tue.. tahun depan aku mohonkan lagi.. lagipun abah kata macam ada masalah kewangan.. kesian mak abah..

Lebih menyentak perasaanku kak Melati kata Ain akan berpindah di rumah Uda di Bukit Anggerik.. Ain suruh aku bawak Arash naik kereta mana mungkin jalan jem kan.. Aku kena tempuh 3 trafik light, lalu jalan besar.. Maaflah aku tak kan bawa anak aku naik motor nak hantar ke sana... Bila aku beritahu suamiku.. Suamiku suruh cari pengasuh lain.. hujung minggu nie aku akan usahakan mencari pengasuh baru.. Masalahnya sekarang aku susah hati bila mengingatkan Arash mesti tak biasa pada pengasuh yang baru pada minggu pertama..

Walau apa pun terjadi aku akan tetap berusaha untuk jadikan semuanya kenyataan serta terbaik... InsyaAllah.. Amin yarabbalalamin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan