Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 29 September 2011

15 week usia kandungan.. scan tadi.. :)



Baru balik dari check up mengandung.. Alhamdulillah semua terkawal.. kencing manis pun takde.. tapi bulan 12 nanti ak kena minum air gula semula.. aduhh.. doctor India tue pesan mulai dari sekarang dah kena kawal pemakanan.. untuk elakkan kencing manis.. harap-harap takdelah sampai melahirkan kelak..

Tadi scan, nampak la perut, kaki tangan, kepala fetus.. wah, terujanya rasa.. ak harap perempuan.. tapi sekarang nie aktif flying kick dah.. tapi taklah ak mengharap sangat.. sihat dan sempurna sudah.. kalau ada rezeki anak perempuan.. Alhamdulillah..

Next check up 27/10/2011.. Khamis..

Rabu, 28 September 2011

Jamuan ry kat office sempena last Syawal~


30 Syawal 1432H hari nie office ak buat jamuan raya.. Alhamdulillah pagi tadi selamat sudah.. Semua seksyen lain datang meraikan bersama-sama. Ada yang memuji, ada yang mengeji.. Biasa la kan itu orang.. kalau manusia dia x cakap pape..

 Antara menu yang terhidang ialah mee bandung Muar (ak yang buat), laksam Kelantan (yang nie ak bedal 3 mangkuk sebab sedap..), rendang, nasi impit, lodeh, kuah kacang, (yang nie ak tak berapa nak makan, so ak tak makan pun..), laksa Penang.. (makan menyamah), kuih-kuih, pencuci mulut, buah limau mandarin (makan banyak juga.. ).. lemang (tak makan)..

Tapi satu perkara yang tak berapa nak besh, mee bandung ak tahap kecairan dia agak melampau.. dengan tanpa segan silunya ak beli lagi 1 peket perencah mak Pon dengan kak Maria subuh-subuh tadi.. totalnya 5 peket. Lepas nie sumpah ak tak nak buat lagi.. bayangkan la periuk bapak gajah beso, tungku kecik.. puas ak menunggu dia mendidih.. huh!!

Sekarang ak sakit pinggang sebab banyak kali cuci bekas-bekas yang kotor-kotor.. hangen ak.. rasa macam serik nak buat lagi.. hurmmm...

Ahad, 25 September 2011

Akhirnya, renovation home.. washing machine dah ado.. best2..


Mira rasa gembira, hati suka..

Apa yang dimahukan tertunai..

Nak bagi adik ambil lesen kereta dah tertunai.. lingkup RM600.00 hari nie dia start praktikal kereta.. lepas nie tunggu L baru boleh drive kat jalan raya.. dia kata ok la even gigil-gigil.. ak harap semuanya berjalan lancar..

Kedua.. ubahsuai rumah sudah siap walaupun tak berapa sempurna gara-gara mamat-mamat Indo yang tak berapa nak habis buat kerja. Tapi disebabkan ak tak sabar nak kemas rumah,  suami ak buat sendiri mana yang mampu.. baki duit upah ada lagi.. diaorang nie tak nak duit ke.. tapi bagus jugak tak datang lagi.. tunggulah gaji bulan 10 sebab memang dah kering sangat.. ;(

Ketiga.. mesin basuh baru.. 11kg lagi ko.. hambek.. cash delivery punya. tak kuasa mak nak hutang-hutang.. bertambah la kopak ak bulan nie.. dah ada nie hari Sabtu lepas bantai basuh stok kain 3 hari.. 3x pusing je.. cuba kalau manual dulu.. mau 7x pusing.. menangess.. lepas tue sidai depan rumah macam orang jual kain.. haha.. gasak le janji kepala ak tak serabut kain melunggun dalam bakul.. ak syukur sangat2..

Banyak la yang ak suka.. tak dapat nak senaraikan kat sini semua.. Alhamdulillah~ Mira Fea sayang sape-sape yang baca blog seri maharani nie.. :) 

Rabu, 21 September 2011

Sponsor lesen kereta utk Nyd, adik ak.. ceh!


RM580.00 khas ak bank in kan semalam 20/9/11 dalam akaun mybank adik Nyd busyuk ak tuh.. huh.. sebab dia tak lama lagi dah nak belajar jauh kat hujung peta dunia Malaysia nih.. Nak tak ak kena spendkan duit untuk dia  masa depan dia.. Hari Sabtu nie en tukang ajar nie kata dah boleh start dengar ceramah.. gasak le engko Nyd.. ak nak ko lulus jep.. jangan kandas sudah.. Kalau gagal, dia kena bayar double ngan ak. gurau jek.. heh3

Mia Fea.. mahu solat~

Selasa, 20 September 2011

Owh, my washing machine!!!


Kali nie ak memang nekad nak beli mesin basuh kain yang baru sebab yang lama sekarang nie spinnya rosak.. Aku rasa dah sebulan lebih ak dan suami kesayangan ak memerah kain.. naik sakit pinggang dan lenguh jari jemari memerah air sehingga ke titisan yang terakhir.. nasib la suami rajin menolong dalam keadaan ak mengandung 4 bulan nie.. kalau suami tak de, alamat lambat la siap..

Maka semalam selepas ak mencongak-congak baki duit yang ada, ak putuskan untuk beli je mesin auto yang baru.. tak perlu separuh auto lagi sebab isi rumah semakin ramai dan agak kesuntukan masa.. untuk baiki mesin basuh lama tue RM250.00. Tauke tu pun cakap 'baik u ambil baru, berbaloi'.. ak cakap dalam hati, 'ha'ah, pandai la'.. tapi nak buat macamanakan memang terbukti mesin basuh salah satu keperluan yang amat diperlukan setiap hari.. kalau rosak, takde susahlah..

Balik dari kerja, ak n suami pergi jenguk-jenguk mesin basuh kat kedai mesin basuh biasa, bukan Carrefour, Sen Heng mahupun Kaut Maut.. heh3.. sebabnya harga boleh kurang n ada tawaran harga.. itu yang nak cari tue kan.. nak mintak free gift pun boleh.. biasalah suami bab2 free gift nie serah je kat dia..

Asalnya nak beli jenama Panasonic sebab memang terbukti ketahanannya, tapi harga untuk 8kg RM999++.. itu belum 10kg lagi dah cecah RM1200++. Tapi uncle kedai nie dia punya servis penerangan memang tip top, dia galakkan ak ambil jenama Hitachi.. harga dia bagi 6.5kg RM650.00, 9.5kg RM950.00, 11kg RM 1150.00.. haha, berbaloi-baloikan 11kg harga gitu?. Yang paling menarik warranti Hitachi nie 5 tahun.. lama tue.. tue yang ak suka.. kalau rosak, call je suruh datang betulkan..

Insyaallah, kalau takde duit tersangkut mana-mana, hujung minggu nie ada le kat rumah.. heh3..

P/S: Dari hujung awal nak raya sampai la dah nak habis bulan raya aku berhabis beribu-ribu.. adeh2.. nie la yang dinamakan kehidupan..

MiaFea rasa bercampur baur sekarang sebab duit banyak terbang melayang.. hurmmm...  

Selasa, 13 September 2011

Pagi-pagi da de masalah~ dugaan2..


Pagi nie ak semangat nak g kerja.. lepas siap-siap hantar anak rumah mama, ak pun gerak la lepas baca surah ayat Kursi.. tetiba je si suami cakap.. "Syg, abg rasa motor pancit lah.. berat jek".. Ah, sudah.. ak lagi nak kejar masa.. sangat hampeh..

Aku beli dulu sarapan kat makcik mahal depan tue.. beli bihun goreng dengan nasi lemak telur dadar untuk suami.. total Rm 3.40. Mahal dok! selalu ak beli tempat lain Rm 3.00 je.. sah, makcik nie tak nak niaga lama. Muka pun ketat je.. Ak terpaksa beli kat makcik mahal nie sebab makcik yang sedap kat depan tue ramai sangat orang.. dari minggu lepas aku makan kuih je.. mana tahan kan.. haha

Balik rumah bedal dulu breakfast.. awal lagi dalam 0720.. dengan hubby pun boleh sambung tidur.. pukul 0800 suami dah g dah kedai motor, pukul 0840 motor dah siap.. kena Rm 30.00.. tukar pedal brek yang dah haus sekali.. kopak la oiii..

Aku tiba office dalam pukul 0905.. selamat..

Mira Fea in de house~ rasa lapar la pulak... 


En. mamat2 Indon start tukang rmh ak hari nie.. Rabu, 14 Sep 2011


Menurut kata En. Mamat Indon nie, diaorang akan mula buat kerja-kerja pertukangan pada hari nie.. pagi tadi ak macam nampak sorang mamat nie punggah tangga.. barang-barang macam simen, kayu beruti, zink semua dah sampai hari Isnin hari tue.. huhuhu.. ak tak sabar nak kemas rumah ak yang mungkin berwajah baru.. hehe..

Semoga semuanya berjalan lancar babe~ duit dah terbang melayang.. kalau lari mamat-mamat nie, ak jotos kepala mamat-mamat Indon nie lelaju..

Mira Fea in office~ happy n sad.. :) .... :(

Rabu, 7 September 2011

RM 20, 000.00.. keluar macam air, masuk mcm sipot~



Perlu ke aku keluarkan sejumlah wang hari nie? bukan sikit.. banyak tue!!!.. mau setahun pun belum confirm dapat kumpul dengan gaji aku yang ciput nie..

Tapi kalau nak renovate rumah punya pasal, aku terpaksa mengalah..
husband kata dia akan ganti nanti.. tapi tahun depan... lambat tak pe, janji berisi balik buku ASB aku tue.. hehhehheh..
nie yang aku nak dengar kan..

Bumbung rumah dah bocor-bocor, almari dah dimakan dek anai-anai.. memang buat aku hangen.. malam tadi 3 tudung aku dah selamat lubang-lubang dek anai-anai tue.. pintu dapur pun dah kopak dimakan anai-anai.. tunggu sikit hari lagi, aku sembur pendatang haram nie dengan racun anai-anai.
nasib la dapat rumah kuaters kerajaan buruk.. mang kena bela la rumah tue elok-elok..

Stok duduk sampai pencen gamaknya gara-gara tak mampu beli rumah sendiri.. Area Kuala Lumpur semua RM300,000.00++ ke atas sekarang.. huhhhh!!! :(

Macamana nie? Banyaknya duit kena perabihkan.. hari Sabtu nie kontraktor dah datang nak tukang buat renovation rumah sikit~
nak tak nak nampaknya aku kena keluarkan jugak ASB aku!!!
Waaaaa...

Rasa berbelah bagi~ Mia Fea in office.. :(  :)

Selasa, 6 September 2011

Jari Telunjukku Terluka~ (sama mcm hati aku..)


Sengaja aku letak gambar tin susu F&N nie..
Sebab tin nie la jari aku luka masa nak sarapan kat pantry pagi tadi..

Sejak aku disahkan mengandung nie, aku tak mahu la lapar, maka waktu pagi antara pukul 10 pagi tue adalah aku menjamah sedikit makanan..
Aku bawak oat n susu..

masing-masing aku simpan dalam bekas..

Oat tue aku bukak masuk dalam bekas kedap kuih raya tue yang tutup merah.. jadik le.. tapi yang tin susu tue aku dah bukak separuh je tin.. konon tak mau bukak habis.. tetiba je pagi tadi jejari runcing aku nie terlepas tin susu berkenaan termasuk ke dalam bekas..

maka jari aku pun terhiris..

ouchhhhh!!! berdarah kau!! ada dalam seinci.. haduiii

Pagi pulak memang la fresh darah banyak keluar.. terus aku bukak semua penutup tin tue.. campak terus dalam tong sampah.. puas hati aku.. huh.. sampai sekarang jari aku berdenyut-denyut bisa.. aduyai...

Dah la hati aku sakit, bertambah-tambah lagi derita aku hari nie..

Duka dalam tawa~ Mia Fea.. pergi la kau kesengsaraan~

Kowang wat lagi ek??


Hati ak bengkak.. mata ak pun bengkak..

Tolong la wahai kaum-kaum hawa kat office suami ak nie.. kowang tak perlulah nak heboh-heboh hal rumahtangga ak.. ak pandai la uruskan rumahtangga ak sendiri.. sekarang ak dah naik fed-up pada penghasut-penghasut yang menghasut dekat telinga suami ak nie.. sekarang mungkin suami ak sudah termakan sikit-sikit hasutan mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab nie..

Ak harap suami ak cepat belah ke tempat baru jangan tinggal sebilik seopis ngan fempuan-fempuan nie.. ak sangat sedih. Dengan diaorang suami ak bekerja bersama mereka selama 9 jam.. walhal dengan ak hanya 5-6 jam je.. pastue dah tidur.. mana taknya kena toucher je setiap hari.

Huh!! ak sungguh sakit hati..

Secara kesimpulannya.. ak bahagia salah, ak gadoo pun salah..

Apa punya manusia la kowang nie??? ak tak faham. Baik kowang jaga la elok-elok rumahtangga kowang n ak pelihara rumahtangga ak elok-elok.. kang mulut kowang cabul.. rumahtangga kowang yang porak peranda.. pleaselah kakak-kakak!!!!

Tolong lah berubah.. jangan ganggu suami ak tue!!. ak tak suka..

Ak insan terluka sekarag~ Mira Fea sedey!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H/2011..

Rasanya belum terlambat aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada yang membaca blog suam-suam kuku aku nie..

Samada suka atau tidak, sengaja membaca, sengaja mengikuti atau tak sengaja mengikuti tak kisahlah janji aku ikhlas mengucapkannya..

Hari nie 09 Syawal 1432H bersamaan 07 Sept 2011. Minggu pertama hari raya tak dapatlah nak berblog maklumlah buat-buat sibuk.. hehe.. 

Dikesempatan ini aku ingin memohon ampun maaf kepada suamiku yang tercinta, kedua ibu bapaku yang tersayang, kepada kedua ibu bapa mertuaku, seluruh kaum keluargaku juga kaum keluarga suamiku serta seluruh kaum mislimin dan muslimat.. Fuh, berjela-jela mintak ampun kat orang.. (macam byk dosa jek..) kuikuikui... ;P. Tak salah mintak ampun banyak-banyak kat orang..

Semoga aku jumpa lagi Ramadhan dan Hari Raya pada tahun hadapan.. Amin Ya Rabbalalamin~

Ikhlas~ Mira Fea in de House.. ;)